Sunday, February 20, 2011

cINTA Allah YaNG aBAdi....!!!


Ketika aku meminta kekuatan,
Allah memberiku kesukaran,
Kerana melaluinya aku akan menjadi kuat..
 
Ketika aku meminta kebijaksanaan,
Allah memberi masalah untuk aku selesaikan,
Kerana melaluinya aku mendapat pengalaman....

Ketika aku meminta kemewahan,
Allah memberiku akal untuk bekerja,
Kerana melalui berfikir aku mula melihat cara....

Ketika aku meminta ketabahan,
Allah memberiku rintangan untuk aku hadapi,
Kerana melaluinya aku akan teruji.....


Ketika aku meminta cinta,
Allah memberiku insan-insan yang menderita, yang perlu aku bantu,
Kerana melaluinya perasaan cinta akan bermula....

Ketika aku meminta bantuan,
Allah memberi aku peluang,
Kerana melaluinya aku mula mencuba...

Betapa bermaknanya hidup ini..
Kerana Allah tidak pernah memberi apa yang aku pinta,
tapi aku menerima segalanya yang
Aku perlu untuk meneruskan kehidupan ini......



No comments: